ISU PEROBOHAN KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU ATAS NAMA PEMBANGUNAN OLEH PARA PEMAJU YANG TERLIBAT. APA TINDAKAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PUSAT TERUTAMA AGENSI-AGENSI MELAYU. KENYATAAN DITUJUKAN UNTUK ISU KAMPUNG BUKIT KECIL SUNGAI NIBONG PULAU PINANG BERTARIKH 26 APRIL 2011.
YDP PAJIM En Yusuf b Muhammad dan TYDP En Jaafar Osman
Barisan AJK Persatuan Anak Jati Pulau Pinang(PAJIM)
Sedang bermesyuarat
Masih bermesyuarat
Lawatan AJK ke lokasi. Tindakan selepas mesyuarat
Rumah di robohkan
Kekesalan penduduk yang tidak di sambut sesiapa.
Adakah sesiapa yang menyambutnya?
Luahan hati penduduk
YDP PAJIM En Yusuf b Muhammad dan TYDP En Jaafar Osman
Barisan AJK Persatuan Anak Jati Pulau Pinang(PAJIM)
Sedang bermesyuarat
Masih bermesyuarat
Lawatan AJK ke lokasi. Tindakan selepas mesyuarat
Rumah di robohkan
Kekesalan penduduk yang tidak di sambut sesiapa.
Adakah sesiapa yang menyambutnya?
Luahan hati penduduk
Sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan pusat bagaimana hendak menyelamatkan tanah –tanah milikan Melayu yang kian berkurang daripada terus berpindah tangan dibeli oleh pemaju terutama daripada luar negara.
Kemudian projek perumahan yang dibuat berharga ratusan ribu hingga jutaan ringgit. Langsung tidaka da kawalan tanapa penyertaan Melayu di dalam projek tersebut.
Mengikut tinjauan yang saya buat di kawasan projek perumahan mewah yang dibuat berskala kecil 10-20 buah rumah bungalow.Tidak memerlukan pemaju membina rumah kos sederhana. Hal ini rancak dibangunkan di daerah barat daya P.Pinang,kubu Melayu bermajoriti.
Kawasan majoriti Melayu kini menjadi sasaran seperti di Teluk Kumbar, Sungai Ara dan kini tertumpu di Balik Pulau. Bila tanah-tanah kampung Melayu dibeli penduduk asalnya terpaksa berpindah.
Trenda ini telah pun berlaku di Jelutong, Sungai Pinang, Kelawai dan kawasan pusat bandar. Hampir tidak ada lagi Melayu di pusat bandar.
Saya menggesa :
PERTAMA - Agensi-agensi kerajaan seperti Kazanah Nasional, Mara,Petronas dsbya tolong beli tanah-tanah tersebut untuk simpanan masa depan. Tanah-tanah tersebut amat baik dibeli dan diwakafkan kepada umat Islam yang daif. Satu bentuk amal jariah.
KEDUA - Gunakan peruntukan Baitul Mal dan zakat untuk membangunkan tanah-tanah tersebut bagi kebajikan umat Islam. Kitakan sudah merdeka dan memerintah mengapa keadaan berlaku sebaliknya.Dulu salahkan penjajah kini nak salahkan siapa pula.
KETIGA - Para korprat yang kaya raya atas nama bumiputera patut bersyukur dengan mewakafkan sedikit harta untuk menyelamatkan tanah-tanah Melayu di P.Pinang.
Ingat prinsip Islam dalam harta orang kaya ada bahagian orang miskin sebagai hak Allah. Jika para hartawan berpakat dan GLC bertindak isya Allah satu dua keping tanah dapat diselamatkan.
KEEMPAT - DEB mesti dihidupkan semula terutama di P.Pinang dengan mensyaratkan pemaju yang membeli tanah-tanah milikan Melayu mesti membina 30 % bangunan untuk menempatkan Melayu di kawasan yang dimajukan.
Dasar ekonomi yang baik mesti ada campur tangan kerajaan untuk memperbetulkan kreadaan supaya terjamin keadilan untuk semua.
No comments:
Post a Comment