Saturday, 17 March 2012

Saturday, 23 July 2011

Kenyataan media PAJIM

Friday, 22 July 2011

PRESS STATEMENT



PRESS STATEMENT

BY
PERSATUAN ANAK JATI MELAYU PULAU PINANG (PAJIM)
DATED 16 JULY 2011



1.PAJIM is in full support of Kedah Government’s decision to ban unhealthy types of entertainment outlets during the Holy month of Ramadhan as this is in line with the Article 3 of the Constitution which says “Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation”.


2.Therefore, all form of entertainment activities which are unhealthy / against the teaching of Islam must be banned in the Holy month of Ramadhan. This is especially so when entertainment outlets such as discotheques and nightclubs are unhealthy and against the good human values.

3.This ban should not be viewed as violating the human rights of non-muslims as there is no one religion which would say that patronising these entertainment outlets would bring in good values to the society as a whole.

4.All states in Malaysia should therefore ban all form of unhealthy entertainment outlets in the Holy month of Ramadhan to respect Islam as the official religion of Malaysia.

5.Therefore, we hereby urge the Federal Government and all State Governments especially the Penang State Government in line with the caption “Amar Ma’aruf Nahi Mungkar” (to enjoin good and eschew evil) preached by YB Lim Guan Eng’s administration to follow Kedah State footsteps to ban the unhealthy types of entertainment outlets during the Holy month of Ramadhan.

6.PAJIM also would like to reiterate that any action, activity or operation which does not respect the Holy month of Ramadhan is the same as not respecting Islam as the official religion of Malaysia as provided for under the Constitution.
YDP PAJIM
YUSOFF MOHAMAD





KENYATAAN AKHBAR PAJIM BERKAITAN DENGAN PENGHARAMAN PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
PERSATUAN ANAK JATI MELAYU PULAU PINANG (PAJIM)
BERTARIKH 16 JULAI 2011


  1. PAJIM menyokong penuh kerajaan negeri Kedah mengharamkan pusat hiburan yang tidak sihat pada bulan Ramadhan.  Ini bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 3 yang menyatakan ‘Agama Islam adalah Agama Persekutuan tetapi Agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan’.
  2. Oleh itu mana-mana aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam terutama di bulan Ramadhan hendaklah diberhentikan buat sementara waktu. Ditambah pula pusat hiburan seperti disko dan kelab malam adalah salah satu bentuk hiburan yang tidak sihat.
  3. Pemberhentian sementara ini juga dilihat tidak melanggar hak asasi orang-orang bukan Islam kerana tidak ada satu agama pun yang mengatakan hiburan yang tidak sihat seperti disko dan kelab malam ini baik untuk masyarakat. Sesuai dengan konsep 1Malaysia, perkara ini perlu dilihat sebagai salah satu cara kita saling menghormati antara kaum dan agama di Malaysia dimana kita hidup dalam kepelbagaian kaum dan agama.   
  4. Kami menggesa semua negeri di Malaysia menghentikan operasi disko dan kelab-kelab malam pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan ibadah dan bulan suci bagi umat Islam, selain menghormati agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
  5. Dengan ini kami menyeru agar kerajaan pusat dan semua kerajaan negeri, terutama negeri Pulau Pinang melalui Ketua Menterinya, YB Lim Guan Eng mendasarkan pemerintahannya atas asas ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ sepertimana yang beliau laung-laungkan sebelum ini.
  6. PAJIM juga ingin menegaskan sebarang aktiviti atau operasi yang tidak menghormati agama Islam di bulan Ramadhan sama seperti tidak menghormati perlembagaan persekutuan.

YDP PAJIM
YUSOFF MOHAMAD



Saturday, 2 July 2011

STATISTIK TERKINI KEADAAN MELAYU DI PULAU PINANG

Berita yang agak menggembirakan dari segi jumlah, penduduk Melayu di Pulau Pinang telah meningkat mengatasi kaum-kaum lain :

MELAYU – 44.9 %    China  44.3 %    India dan lain-lain 10.8 %.

Namun dari segi  kuasa politik dalam  DUN Pulau Pinang Melayu hanya 38.5  %  ,   China  55 % dan India 6.5 %.Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 
ucapannnya di Tanjung Tokong pada 11 Jun 2011 Tanah Melayu di Daerah Timur Laut tinggal 4 peratus sahaja. 

Saturday, 30 April 2011

KENYATAAN MEDIA PAJIM

ISU PEROBOHAN KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU ATAS NAMA PEMBANGUNAN OLEH PARA PEMAJU YANG TERLIBAT. APA TINDAKAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PUSAT  TERUTAMA AGENSI-AGENSI MELAYU. KENYATAAN DITUJUKAN UNTUK ISU KAMPUNG BUKIT KECIL SUNGAI NIBONG PULAU PINANG BERTARIKH 26 APRIL 2011.

                       YDP PAJIM En Yusuf b Muhammad dan TYDP En Jaafar Osman
                             Barisan AJK Persatuan Anak Jati Pulau Pinang(PAJIM)
                                                     Sedang bermesyuarat
                                                      Masih bermesyuarat



                               Lawatan AJK ke lokasi. Tindakan selepas mesyuarat
                                                        Rumah di robohkan
                                Kekesalan penduduk yang tidak di sambut sesiapa.
                                         Adakah sesiapa yang menyambutnya?

                                                      Luahan hati penduduk



Sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan pusat bagaimana hendak menyelamatkan tanah –tanah milikan Melayu yang kian berkurang daripada terus berpindah tangan  dibeli oleh pemaju terutama daripada luar negara.


Kemudian projek perumahan yang dibuat berharga ratusan ribu hingga jutaan ringgit. Langsung tidaka da kawalan tanapa  penyertaan Melayu di dalam projek tersebut.


Mengikut tinjauan yang saya buat di kawasan projek perumahan mewah yang dibuat berskala kecil 10-20 buah rumah bungalow.Tidak memerlukan pemaju membina rumah kos sederhana. Hal ini rancak dibangunkan di daerah barat daya P.Pinang,kubu Melayu bermajoriti.


Kawasan majoriti Melayu kini menjadi sasaran  seperti di Teluk Kumbar, Sungai Ara dan kini tertumpu di Balik Pulau. Bila tanah-tanah  kampung Melayu dibeli penduduk asalnya terpaksa berpindah.

Trenda ini telah pun berlaku di Jelutong, Sungai Pinang, Kelawai dan kawasan pusat bandar. Hampir tidak ada lagi Melayu di pusat bandar.


Saya menggesa :


PERTAMA - Agensi-agensi  kerajaan seperti Kazanah Nasional, Mara,Petronas dsbya tolong beli tanah-tanah tersebut untuk simpanan masa depan. Tanah-tanah tersebut amat baik  dibeli dan diwakafkan kepada umat Islam yang daif. Satu bentuk amal jariah.


KEDUA - Gunakan peruntukan Baitul Mal dan zakat untuk membangunkan  tanah-tanah tersebut bagi kebajikan  umat Islam. Kitakan sudah merdeka dan memerintah mengapa keadaan berlaku sebaliknya.Dulu salahkan penjajah kini nak salahkan  siapa pula. 


KETIGA - Para korprat yang kaya raya atas nama bumiputera patut bersyukur dengan mewakafkan sedikit harta untuk menyelamatkan tanah-tanah Melayu di P.Pinang.

Ingat prinsip Islam dalam harta orang kaya ada bahagian orang miskin sebagai hak Allah. Jika para hartawan berpakat  dan GLC bertindak isya Allah satu dua keping tanah dapat diselamatkan. 


KEEMPAT - DEB mesti dihidupkan semula terutama di P.Pinang dengan mensyaratkan pemaju yang membeli tanah-tanah milikan Melayu mesti membina 30 % bangunan untuk menempatkan Melayu di kawasan yang dimajukan.

Dasar ekonomi yang baik mesti ada campur tangan kerajaan untuk memperbetulkan kreadaan supaya terjamin keadilan untuk semua.